The Princess Credits By
| ❤️MENCARI KEBAHAGIAAN SEJATI❤️
Saat aku menulis kisah ini bukan
untuk menyalahkan mana-mana pihak namun aku jadikan ia sebagai suatu kisah yang
sebagaimana seseorang mempunyai pengalaman lampau. Anggaplah ia sebagai suatu
nukilan yang membolehkan aku untuk mengukap suatu kata2 jauh dr sudut hati dan
jadikan ia sebagai sebuah artikal buat diri ku dlm bidang penulisan.
ALLAH menjadikan ADAM untuk melindungi HAWA. Saat lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA, segala AMANAH yang telah ALLAH berikan suatu yng amat sukar, kerana SUAMI adalah tempat letaknya SYURGA seorang ISTERI.
Kalau nak diikutkan bermula zaman
sekolah aku mengenali insan bernama LELAKI, disitulah bermulanya suatu perhubungan
dalam meniti alam keremajaan. -_-
Pelbagai ragam dan kerenah manusia, pelbagai jenis dan sifat semula jadi nya, namun, itulah yg dinamakan lumrah kehidupan, pasti ada berlawanan, pasti ada kepelbagaian. Namun, siapa kita untuk tentukan apa yang TERBAIK dalam HIDUP kita.JODOH, itulah seumpama dengan nya. ALLAH menciptakan setiap LELAKI berpasangan dengan WANITA, sebagaimana ALLAH menyatukan ADAM & HAWA, MUHAMMAD & KHADIJAH kerana kita telah mengetahui nya bahawa HAWA diciptakan dari tulang rusuk kiri ADAM, begitulah ianya berlaku sejak manusia diciptakan. KASIH dan SAYANG antara penyatuan mahkluk yg berlainan jantina, SUBHANALLAH.
Benar kata orang, zaman sekolah
hanyalah CINTA MONYET semata2 sekadar untuk suka, tetapi cuba kita lihat dunia
luar, berapa ramai pasangan yang bercinta sewaktu zaman persekolahan dan
akhirnya bersatu dlm ikatan yang HALAL, dan berakhir ke GERBANG PERKAHWINAN???
Itulah sebenarnya impian semua orang, sama lelaki mahupun perempuan. Memulakan
perhubungan dan ingin diakhiri ke gerbang perkahwinan yang indah buat mereka
^_^
Namun, kita lihat, berapa ramai pasangan
yang tidak serius dalam suatu perhubungan??? Siapa yg harus dipersalahkan???
Kebanyakan nya menunding jari ke arah lelaki. Bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi berdasarkan setiap pengalaman yg dilalui sendiri. Sekadar untuk bersuka
ria, mahu mencuba sesuatu yang baru, ingin menyahut cabaran rakan atau sebagai
nya??? #jawab dalam hati masing2 -_- TETAPI cuba kita lihat insan yang ALLAH
jadikan diluar nya nampak lemah, sedangkan kuat dalam hati dan jiwa nya, itulah
dia seorang WANITA. Setiap perhubungan yang terjalin dianggap serius, tidak
pernah terlintas untuk curang di belakang malah sentiasa menganggap LELAKI yang
dikenali nya itu sebagai JODOH yang terbaik buat diri nya.
Namun sampai bila, wanita harus
mendapat penderitaan dalam perhubungan??? Menjadi mangsa korban KASIH dan
SAYANG??? Ye, persoalan itu sentiasa bermain di fikiran ku. Ungkapan kata2
tidak dapat diungkapkan betapa seksa, hancur hati seorang WANITA yang telah
dilukai tetapi AIR MATA yang gugur IBARAT KACA YANG PECAH DAN BERTABURAN BAGAI
MERUNGKAI SERIBU SATU KATA yang selamanya dipendamkan.
Semua itu bagai merungkap segala
rahsia dalam hati. Mungkin hari ini aku perlu bersikap matang dan sentiasa
berfikiran positif, tidak menyalahkan mana2 pihak kerana sama ada LELAKI
mahupun PEREMPUAN masing2 ada karakter, tanggungjawab dan tugas yang
tersendiri. Mungkin JODOH itu belum tiba lagi. Justeru dengan membuat keputusan
menutup pintu hati adalah SATU kepuasan bagi ku, agar sentiasa lebih TERSENYUM
bersama keluarga dan sahabat handai. Walaupun jauh di sudut hati, terasa sunyi
dan sentiasa memikirkan SIAPA DIA JODOH UNTUK KU L. Perjalanan masih jauh dan luas,
suatu saat pasti akan tiba,INSYALLAH!!!
" Wahai PUTERA KAYANGAN KU, aku
sentiasa berdoa semoga dikau berada dalam RAHMAT ALLAH, semoga dikau peroleh
KEBERKATAN hidup di dunia dan di akhirat kelak. Semoga kita berjumpa di SYURGA
ALLAH, amin…"
p/s: kebahagian pasti
akan tiba tanpa kita SEDAR ataupun TIDAK, yang pasti itu menjadi RAHSIA ALLAH
dan JANJI untuk hamba NYA yang sentiasa SUJUD pada NYA ^_^
AKU INGIN MEMILIKI NYA,
AKU INGIN MENJAGA DIA,
AKU INGIN MENCINTA DIA
AKU INGIN HIDUP DENGAN
NYA.
#SIAPA KITA DAHULU TAK PENTING, TETAPI SIAPA KITA HARI INI
DAN MASA DEPAN LEBIH DARI SEGALANYA#
JODOH ITU MILIK ALLAH
S.W.T
0 comment(s) |