//eya Rusydia
The Princess



Link Diary About

ANNYEONGHASEYO!!!Assalamualaikum, welcome to my blog. I'm Leya. Please be nice here :)








Jom CBOX


My Favourite Songs


My Tweet


Follow Leya Taw!!!


Credits By


This blue grey templates made by Ogiey Junior. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Thanks to Ogiey for the cursor freebies. I am proud to use Colour Code to

Header by Nurul Atiqah.




❤️FEBRUARI : bulan REZEKI buat ku❤️

Bukan nak mengarut atau percaya pada benda yg mengarut, tapi ALHAMDULILLAH, sujud pada MU ya ALLAH,,, percaya atau tak, masih lagi terpinga-pinga. Justeru aku merasa terlalu bertuah apabila aku dipilih untuk merasakan kebahagian yang paling dinantikan.

Permulaan tahun 2013, menjadikan aku lebih matang, tatkala umur ku semakin meningkat, disamping tanggungjawab yang diamanahkan, aku bersyukur kerana aku masih lagi dapat bernafas. 

Senyuman yang terukir tidak pernah lekang dibibir tatkala keputusan UiTM keluar, walaupun pelbagai halangan aku tempuh, namun aku memperoleh ganjaran yang paling bermakna dalam hidup ku. Ternyata, benarlah kata pepatah, "GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI GAGAL SELAMANYA" apabila satu mecej yang aku terima membuat aku melonjak kegembiraan. Air mata kesyukuran gugur membasahi pipi, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tetapi hanya ungkapan ALHAMDULILLAH yang tidak lengkang dibibir :')



Seminggu selepas itu, rezeki datang lagi, macam tak percaya bila aku dapat tawaran dari UPSI, *betul ke aku dapat dua tawaran IPTA sekali gus??? sungguh perasaan aku memang xdapat nak digambarkan dgn kata-kata. 
ALHAMDULLILAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH :')



Air mata aku terus mengalir tatkala bila aku teringat, sejak zaman sekolah lagi aku tidak setanding dengan kawan-kawan ku yang hebat. Malah aku menyedari akan keupayaan ku dalam pelajaran, jenis yang lambat tangkap, lemah menguasai Bahasa Inggeris, malah mudah berputus asa.

 Bermula zaman sekolah menengah, aku menerima tawaran untuk panggilan kedua, begitu juga tawaran IPTA, bahkan aku merasakan terlalu kerdil jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Perkara itu selalu bermain difikiran ku. Namun, atas semangat dan sokongan dari orang tua ku, dorongan keluarga, guru-guru dan sahabat yang setia, aku bangkit dari semua kelemahan yang menguasai diri. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan ku ^__^

Akhirnya aku membuat keputusan dengan memilih UiTM demi masa depan ku, pelbagai faktor yang membuat aku mengambil keputusan ini, 23 Februari 2013,  aku bakal menjadi siswazah yang selama ini menjadi impian ku, biarlah aku tidak dapat menjadi PEGAWAI NAVY yang selama ini impian ku, namun bidang pengajian bahasa membuatkan aku bersungguh-sungguh untuk meneruskan impian, mungkin ini REZEKI untuk ku. Aku yakin, inilah ANUGERAH YANG TERBAIK buat ku, inilah jalan yang TERBAIK untuk ku.





TERIMA KASIH YA ALLAH ^___^



2 comment(s)