//eya Rusydia
The Princess



Link Diary About

ANNYEONGHASEYO!!!Assalamualaikum, welcome to my blog. I'm Leya. Please be nice here :)








Jom CBOX


My Favourite Songs


My Tweet


Follow Leya Taw!!!


Credits By


This blue grey templates made by Ogiey Junior. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Thanks to Ogiey for the cursor freebies. I am proud to use Colour Code to

Header by Nurul Atiqah.




❤️Gelaran "MAHASISWI UiTM"❤️

Hai korang??? lamenye tak singgah blog, almaklumlah Ya sibuk dengan kemasukan UiTM, terlalu banyak aktiviti, orientasi, pendaftaran, macam - macam lagi. Pelajar baru lah kata kan :)

 

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga ya mendapat gelaran MAHASISWI :) #seronok tak terkata :) dapat jumpa ramai kawan - kawan. Benarlah kata orang - orang tua, kat U bermacam - macam manusia kita jumpe, yang berlainan perangai, tingkah laku, tapi ya tak kisah semua tu. Tujuan ya masuk UiTM nak berjaya dgn CEMERLANG, yang penting jadi diri kita sendiri pun sudah cukup. Bukan ke ibu bapa kita sudah beri didikan yang cukup sempurna sejak kita kecil lagi??? jadi perlu sentiasa ingat nasihat mereka dan hadiahkan mereka sebuah kejayaan ^_^

Minggu pertama, biasalah MDS (Minggu Destini Siswa) #apa tu??? ala macam minggu orientasi utk pelajar - pelajar baru :) yang pasti, minggu tersebut sangat menyeronokkan, macam - macam pengalaman dan informasi yang kita peroleh. Kita boleh tahu pasal UiTM. Walaupun Ya ni dah nak dekat 21 tahun duduk PADANG JAWA, tapi Ya tak pernah pun teroka UiTM ni, bila dah masuk, "ooo, baru saya tahu" :D "kene marah dgn akak-akak dan abang-abang PM???" biasalah tu lakonan semata-mata, lepas habis MDS tak jumpa diorang pun nanti :D macam-macam permainan, aktiviti, dan yang paling seronok pelbagai sorakan yang diajarkan oleh mereka. Memang gempak habislah. Kami di bawa tengok movie arahan pensyarah kt sini, siapa tengok filem MINYAK DAGU??? ha pengarahnya pensyarah UiTM :) kami tengok bersama-sama dgn Naib Canselor. Sewaktu majlis amanat NC, Ya join koir dan bacaan AKU JANJI, siaran langsung dekat UiTM seluruh Malaysia #bangganya :) hari terakhir, MALAM DIAMOND, semuanya seronok-seronok ^_^ sekali dengan MPP pun enjoy sakan :D benarlah diorang semua baik-baik belaka :) hari sabtu kitaorang join IM4U, dgn PERDANA MENTERI :) Ya kene sambut PM di red carpet lagi, "bangga tak, bangga tak???" hihihi akhir sekali makan kami dapat KFC percuma, bukan tu je, dpt baju percuma dua helai dari UiTM and IM4U dgn topi!!! lepas habis semua program, balik rumah. Kawan-kawan semua cakap "untunglah rumah dekat" :D

Minggu kedua ni, dah mula pindah kolej asal, Ya dpt kolej MAWAR, bilik 1B-00-18, aras bawah sekali, lepas tu Isnin dah mula masuk kelas, Ya dapat kelas LG241 1B, sama dgn kawan s*****l Ya. #siapa ye??? hehehe adalaaaa :p tapi kelas kami bukan dekat APB (Akademik Pengajian Bahasa) je, rupanya ada tiga lagi tempat, dekat KENANGA 2, CEMPAKA 4 dan Menara SAAS(level 9). Memang kelilinglah kami pusing naik bas -_- tambang RM1 sekali naik, nak jimat kene tunggu bas UiTM, bas FREE :) tp Ya sediakan juga kad "Touch 'n Go", tak asyik selalu nak keluar duit RM1 je, macam air je keluar nanti B-) yg paling lawak, biasalah budak PART1, normal kalau sesat dan salah naik bas hahahaha :D Lepas tu, masa utk daftar kursus, daftar Ko-kurikulum. Nak tau Ya masuk apa, Ya masuk KESATRIA BOMBA !!! hihihi macam kelakar je, padahal asas bomba tak tau langsung :) dlm minggu tu juga, dah mula hari KO-KURIKULUM, kene wajib datang tiap-tiap koko, kalau tak datang, kene tindakan tatatertib. Jadi takda masalah rasanya, lagi seronok adala :) 

Minggu ketiga, banyak kelas batal, rupanya banyak program lagi utk kami budak PB ni, a.k.a part1. Semalam (Khamis, 14.3.2013) ada program Pemantapan Wawasan dan Amanat Dekan kat APB, lepas tu perjumpaan dengan MPP dan SMF (Sekatriat Mahasiswa Fakulti) APB, baik-baik semuanya :) tapi minggu ni juga tak dapat balik, #mentang-mentang dah dua minggu balik :D sebab minggu ni ada program kat APB, memang tak balik la. Lagi satu ya dapat tawaran interview pemimpin muda. Seronok dapat pengalaman. Alamak, belum sampai sebulan lagi dah "berlubang" kedatangan, sebabnya Ya tak sihat dua hari, demam dan batuk-batuk, rindu keluarga kot, hihihi :D #gedik. Lepas tu, malam tadi baru je lepas Perjumpaan Perdana Bersama Pengetua Kolej Mawar, dapat kupon, habis pukul 10 malam :)

Nampaknya, setakat ni dulu yg Ya nak kongsikan. Apa yang pasti mula dengan niat yang pertama, tujuan nk masuk U. Menuntut ilmu, mencipta kejayaan, menghasilkan kecemerlangan, menggengam impian, merialisasikan harapan. Jadi diri kita yang seeloknya, jadi diri kita yang sebenarnya, bukan menjadi orang lain, sekadar utk sementara, tanpa pendirian yg tetap, bukan mengikut orang walaupun hati dan diri menjadi mangsa. Sentiasa hadiahkan diri kita sebagai suatu penghargaan yang terbaik, insyaALLAH, kita pasti akan peroleh sesuatu yg ingin kita kecapi :)


#kata pujangga:"aku adalah aku, tak perlu berpura-pura, tak perlu menunjuk, tak perlu berhipokrik, aku adalah aku" 
:)




0 comment(s)