//eya Rusydia
The Princess



Link Diary About

ANNYEONGHASEYO!!!Assalamualaikum, welcome to my blog. I'm Leya. Please be nice here :)








Jom CBOX


My Favourite Songs


My Tweet


Follow Leya Taw!!!


Credits By


This blue grey templates made by Ogiey Junior. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Thanks to Ogiey for the cursor freebies. I am proud to use Colour Code to

Header by Nurul Atiqah.




❤️Diam Itu Lebih Baik, Walaupun Menyakitkan❤️

Tatkala emosi datang menjelma, setiap rasa dan kesakitan datang dengan serta merta. Aku merasai segala duri yang menusuk di hati bagaikan hempasan kaca jatuh ke batu. Pecahan kaca yang berderai, begitu perit menahan kesakitan yang dialami. Itu semua hanya diri ini sahaja yang merasai. Adakalanya kita tahu, manusia tidak sempurna, setiap daripadanya sering melakukan kesilapan walaupun ia sebesar zarah. Namun apakan daya, tidak semua apa yang kita lakukan membuatkan semua orang berpuas hati. Timbul perasaan hasad dengki dan iri hati dari hasutan syaitan yang tidak lekang membisik di telinga. ALLAHUAKBAR!!! jauhi aku dari godaan ini, ya ALLAH :( 

 Benarlah, jika kita bermain dengan emosi, segalanya terbatas sehinggakan kita membuat keputusan yang boleh mengakibatkan diri kita. Perkara itu tidak mungkin mamp menjadikan kita seorang dewasa, matang berfikiran namun sebaliknya, hanya penyeselan di akhirnya membuat kita terduduk tanpa lidah terkelu untuk berkata-kata. Ibarat pepatah, "telajak perahu boleh diundur, telajak kata kita binasa". Begitu meninggalkan kesan yang mendalam dalam erti sebuah kehidupan, kerana masa lalu itu tidak mungkin dapat berulang kembali. Jika terjadi perkara yang namun tidak semuanya sama seperti sedia kala. Ya ALLAH, semoga aku tidak tergolong dalam membuat kesilapan ini -_-

Tiada apa yang mampu aku katakan, tiada apa yang dapat aku lakukan. Segalanya sudah tertulis, segalanya sudah terjadi. Andai ini digarisan itu, aku sedia menghadapinya. Tiada apa lagi yang dapat aku isikan dengan sinar yang membawa senyuman, walaupun ia pengubat duka di kala air mata menuruni jatuh ke bumi. Biarlah alam yang menjadi saksi, akan setiap dugaan dan ujian yang dilalui. Moga hati yang kecil lagi bernilai tabah menghadapi. Doa sentiasa diringi bersama senyuman ayahanda dan bonda dalam ingatan, serta keluarga yang dirindui menjadi sumber pedoman untuk kita nan abadi :)
{DIAM ITU LEBIH BAIK}

"KUATKANLAH DAKU, YA ALLAH"





0 comment(s)